apa itu cinta???

<3 suatu rasa yang dianugerahkan oleh Allah untuk mewarnai kehidupan agar lebih ceria.Cinta tidak hanya untuk kekasih tetapi untuk semua....

hihihi

jom click2

Sunday 8 December 2013

MENGAJAR HATI UNTUK REDHA

dignosis oleh : Mengajar hati untuk meredhai…



Dalam melayari kehidupan, seringkali kita terleka, alpa dengan duniawi yang sungguh mengasyikkan.sekiranya tiada keimanan walau secebis dalam hati maka akan hilang lah pedoman seorang insan. Bukan senang untuk istiqomah dalam melakukkan kebaikan. Pasti ada saja yang akan menjadi penghalang. Begitu jua dalam bercinta, seringkali tewas pada godaan nafsu dan maksiat. Namun sebuah cinta yang diredhai adalah cinta yang berlandaskan agama dan meletakkan Allah sebagai destinasi.

Hati manusia selembut-lembut ciptaan.Di dalamnya tersimpan berbagai-bagai jenis perasaan marah,suka,benci,sayang,rindu, kasih dan sebagainya. Lumrah manusia perlukan kasih sayang sesama sendiri. Manusia menganggap bercinta itu adalah kewajiban dan sememangnya wajib untuk manusia untuk ada perasaan cinta tapi perlu jua kita ingat masih ada batas-batas yang perlu dijaga dalam bercinta. Disebabkan cinta juga ramai manusia tewas di tangan Syaitan yang direjam. Kadang-kadang kegagalan dalam bercinta juga boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan melakukan perkara-perkara yang dilarang agama.

Untuk mengajar hati kita meredhai sesebuah kekecewaan, kita perlu melatih hati dan fikiran untuk sentiasa positif tidak kira apa saja halangan yang mendatang. Ikhlaskan hati menerima musibah juga mampu membuat kita redha dengan ujian yang diberi.
Belajar lah untuk menerima segala kekurangan diri sebagai kekuatan hati. Pandang kelemahan dari aspek yang baik. Jangan mudah rasa rendah diri dengan kekurangan. Bersikap matanng dalam menangani masalah mampu menjadikan manusia semakin kuat.
Meredhai bukan bermaksud kita berputus asa dengan musibah yang melanda atau kita berhenti berharap pada Allah. Redha membawa makna manusia menerima sesuatu situasi buruk dengan berhati lapang dan percaya bahawa apa sahaja yang dihadapi itu adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita, bukannya suatu hukuman yang diberi diatas kesalahan dan dosa kita. Selain itu redha dan menganggap ujian sebagai amaran dan peringatan dari Allah agar kita tidak lagi tersesat dari jalan yang benar.


#nota Prof : andai sudah tertulis jodoh kami tiada Prof terima seadanya…walau Prof sendiri temui kegagalan dalam percintaan, namun Prof masih kaya dengan cinta dari Allah, Rasul, Keluarga dan kawan-kawan…Cinta itu membahagiakan walau bukan bersama pasangan kita tapi bersama dengan orang disekeliling kita…..

bersama rakan-rakan sekerja yang prof sayang n kasihi.....

Thursday 17 October 2013

Kisah pengajaran : CINTAI apa itu AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR

Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana.

Pada satu hari Baginda telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.

Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.


Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu.

Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik.

Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihatnya. Maklumlah malam kan gelap…

Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana.

Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya.

Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan.

Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.


Sahabat-sahabat sekalian…

Kenapakah peristiwa di atas berlaku?

Tidak lain dan tidak bukan kerana masing-masing berfikiran seperti Awang Selamat, “Aku tak perlu bawa segelas susu awal lembu tu.. buat apa? Membazir… kalau aku bawa air kosong pun tak menjejaskan apa-apa kerana orang lain tak tahu.

Biarlah orang lain yang membawa susu itu.”


Sahabat-sahabat sekalian…

Tanggungjawab ‘Amar Maaruf dan Nahi Mungkar’ adalah tanggungjawab dan kewajipan kita bersama sebagai seorang muslim.

Marilah kita menyambung mata rantai perjuangan Islam yang telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. dan para Sahabat r.a. lagi.

Kalau bukan kita siapa lagi?


Sejenak renung-renungkan.
SENYUM :)


NOTA PROF : kejujuran dalam berbakti itu satu kewajipan...begitu jugak dalam beribadat.jujur dan ikhlas kerana ALLAH adalah dituntut.... (^_^)

Friday 27 September 2013

maafkan aku...

Aku bukan yang sempurna
yang mampu menjadikan duniamu seindah syurgawi..
aku cuma manusia biasa
yang banyak berkhilaf
dalam sedar mahupun tidak

Aku bukan yang terbaik
yang mampu menjadikan hidupmu gah
aku cuma manusia biasa
yang berusaha agar jadi lebih baik dari semalam

namun aku tahu
aku bisa menerangi kegelapanmu
aku bisa menguatkan kelemahanmu
aku bisa memekarkan kasih kita
kerana jujurnya perasaan ini ikhlas untuk mu..

Semoga keberkatan Allah merahmati kita
Salam sayang dariku

Buatmu, jodohku..
InsyaAllah sampai syurga....

Saturday 7 September 2013

BAHAGIANYA seorang yang BANKRAP bah.2

ABAH : semua orang tak suka jadi muflis. Orang fikir bila muflis, semua harta dirampas. Tak ada peluang nak bekerja di mana-mana. Terpaksa bayar hutang. kalau abah pun abah pitam bila dapat notis bankrap, tau! Tapi kamu tahu tak, kalau di Amerika orang berlumba-lumba nak jadi bankrap.

Wah, ini benda baru bagi Jaliha dan juga Johari. Walau memang selalu melihat notis muflis di suratkhabar tapi mereka tidak pernah ambil peduli.

JALIHA : kenapa abah cakap macam tu?

ABAH : Dari sudut perundangan Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.

JOHARI : PP&PP itu apa abah?

ABAH : Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) dikeluarkan oleh mahkamah. Tapi bagi orang macam kita ni, PP&PP tu perintah bankraplah.

ABAH : dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap, ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

JOHARI : PPH tu apa pulak abah? pandai sungguh abah pasal hal-hal bankrap ni ya?

ABAH : Pegawai Pemegang Harta yang bertugas di bawah Jabatan Pemegang Hatra. JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.

JALIHA : Peruntukan undang-undang memang macam tu ke? Bukan ke harta mereka si bankrap tu akan dirampas untuk membayar hutang?

ABAH : Ada peruntukanlah tu. kalau tak silap abah, Akta kebankrapan dan Kaedah Kebankrapan. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekaranmg dipanggil si bankrap, ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagihkan kepada pemiutang yang berhak.

JALIHA : Kalau macam tu, sama aje lah abah. Bila bankrap harta diambil dan dijual. kemudian dibahagi kepada pemiutang.

ABAH : sebenarnya begini, tugas utama PPH ialh melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah, PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan. Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada dibawah PPH. di situlah terletaknya "keistimewaan" menjadi bankrap. Kalau ada sepuluh juta hutang dia, dia tidak boleh bayar. Orang yang memberi hutang tidak boleh sentuh, tak boleh kejar.

JOHARI : Oh, macam tu ke abah? wah ! untouchable lah si bankrap tu. bagusnya.. yang memberi hutang tu tak boleh buat apa-apa, sebab itu ada yang sakit hati, tembak dan bunuh aje, kan?

ABAH: selepas lima tahun ditadbirakn, si bankrap boleh dilucutkan daripada status kebankrapanmnya itu atas budi bicara PPH. adalah syarat-syarat dia. kalau kamu nak tahu, bila sudah dilepaskan daripada status bankrap, orang yang bankrap itu bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya. macam bayi yang baru dilahirkan. putih bersih.

JALIHA : Huh, putih bersih apanya kalau berhutang. Dalam Islam, hutang tetap kena bayar sampai ke mati, kan abah? bukannya boleh lepas macam tu.

ABAH : Itulah bezanya undang-undang Islam dengan undang-udang sivil, Jaliha. Walau yang bagi hutang membantah, api tak boleh. PPH boleh menolak bantahan kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani 'hukuman'nya.

ABAH : kamu tahu PPH tidak mengambil semua harta.

JOHARI : tak faham la abah, macam mana tu?

ABAH : macam ni Johari, jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir atau dirampas kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap. PPH juga tidak akan rampas semua deposit, sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepas isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.

JALIHA : eeee, geramnya PPH tu! Kenapa dia nak tolong orang yang bankrap?

ABAH : Itu tugas mereka, Jaliha. Kamu tak boleh marah. Mereka lakukan demi membantu orang bankrap. tak semua orang bankrap tu suka diri mereka bankrap, tapi ada juga yang ambil kesempatan untuk menperdayakan orang lain dengan menggunakan title bankrap ni.

JALIHA : Wah..Wahh kalau orang tahu betapa beruntungkan menjadi orang yang bankrap sudah pasti dia menanti-nanti dirinya dibankrapkan, bukan begitu, abah?



SUMBER : Novel Dari Kerana Mata karya NORHAYATI BERAHIM

#kalau nak ikuti kisah Jaliha selanjutnya boleh dapatkan novel tersebut. sangat best. banyak ilmu yang dikongsi oleh penulis. Penulis memang idol Prof tau.

ENTRY KALI INI PROF SEKADAR BERKONGSI ILMU DENGAN KAMU SEMUA.....

k bye...

BAHAGIANYA seorang yang BANKRAP

JALIHA : abah kenal eton?

ABAH : laaa, kamu kehulu kehilir dengan eton lebih dari mak kamu sendiri, boleh kata abah ni tak kenal dengan Eton? kenapa dengan Eton?

JALIHA : abah tahukan yang bekas laki Eton tak pernah bagi nafkah pada anaknya?

JALIHA merenung Johari yang keluar dengan satu teko dan tiga biji cawan yang berlainan warnanya.

JALIHA : Kau bang, teruk sangat lah rumah kau sampai cawan pun lain-lain. Duit banyak berkepuk mana kau taburkan?

JOHARI : alah, cawan yang merah ni mati laki, yang hijau ni mati bini dan ini bujang trang tang tang macam abang. Abang satukanlah jadi satu keluarga.

JALIHA : lelaki jenis apa tu ya, abah? anak sendiri darah daging sendiri, tak pernah bagi anak nafkah.

ABAH : setiap orang ada masalah sendiri. tapi kalau dia lelaki yang baik, apa pun yang berlaku, itu anak dia. walau tidak banyak dia harus bagi nafkah kan?

JALIHA : abah tahu apa yang jaliha nampak?

ABAH : Hmm..kamu tanya macam abah ada kuasa ghaib sampai abah tahu apa yang kamu nampak.

JALIHA : ketawa macam puntianak ke kau abang. Abah pun satu, ada saja jawapan dia. abah tahu tak! Dengan mata kepala JAliha sendiri nampak dia drive BMW. dah ada sebuah nursery pokok lagi, bah. bukan kecik, besar.

JOHARI : Dasyat! Nafkah anak tak bayar, tapi memandu kereta mewah.

JALIHA : Abang tahu, beberapa tahu lepas kami tengok muka dia dalam suratkhabar. dia dah bankrap, bang!mana dia dapat duit boleh bukak perniagaan? Mana dia dapat duit sedangkan nafkah anak tak pernah bagi? alasan tak ada duit.

ABAH : sebenarnya ramai yang tidak tahu betapa CANTIK dan BAHAGIANYA menjadi seorang yang bankrap.

B erkerut dahi Jaliha mendengar kata-kata abahnya. Abah ni, ada-ada saja! tetapi apabila melihat wajah abahnya yang serius, Jaliha terasa ingin tahu.




bersambung........

Tuesday 3 September 2013

alahai perut...

Assalamualaikum...apa kabor warga dunia semua..Prof sihat2 ajer.lama dah tak update entry baru kt sini kan??

ni Prof nak citer semalam kawan Prof si Irma Iza ader chatting ngan Prof pasal lempeng cicah dengan susu..kompom korang pelik kan makan lempeng cicah susu. Kebiasaannya lempeng ni orang cicah dengan sambal, kelapa, gula saja..tapi Prof memang suka lempeng cicah susu.sedap tau. Boleh cuba nanti ye.

Semalam jugak Prof nak buat lempeng pastu cicah dengan susu, tapi disebabkan badan penat meredah hujan (semalam Prof pergi keja dengan motor, tak bawak kereta sebab minyak dah naik harga,hehehe) lepas berbuka puasa dan rehat kejap Prof terus tertido. Hadoi.. Buletin Utama pun separuh jalan jer, lepas tu pejam dah. Penat dek non oi bawak motor dalam hujan, menggigil 1 badan ni hah.sejuk sesangat.

Demi memuaskan kehendak perut Prof yang menginginkan lempeng cicah susu, dengan gigihnya Prof bangun jam 4 pagi. Nak sediakan lempeng tu sekejap sahaja. Lepas tu on TV sambil menikmati keenakan lempeng cicah dengan susu ditambah pulak dengan segelas hot choc. Memang terbaik lah. Sekali dengan sahur lah tu yer. hehehehe

Ni Prof upload pic untuk bagi korang sume kecur ayaq liuq tengok lempeng nih..

sedapppp sangat..
Sekian untuk hari ini..

Tuesday 27 August 2013

Nasihat Utk Bakal Jenazah

Entry hari ini adalah berkisar pada CINTA kepada ALLAH..ini adalah nasihat dari :

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.

Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.

Sebenarnya kita tidak pernah memilik apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjam daripada Allah - termasuklah jasad badan.

Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebenarnya tidak, semuanya hanya pinjaman sementara.Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu - Manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.

Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita,  kita hanya merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.

Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri.Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.

Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dangan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.

(Quran 82: 17-19)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Beringatlah pada Allah selalu. SENYUM :)


Thursday 22 August 2013

21 reason that show u are ready to the next stage in relationship

Entry kali ni kita speaking london yer.. sebenarnya ni copypaste dari satu laman dalam tenet jugak.Prof sangat tertarik dengan artikel ni... so Prof tergerak hati nak sharing dengan kamu semua...hopefully kamu enjoy juge la yer..

21. You have empathy

20. You've retired from the drama that comes with bad relationships and ready to have a real adult relationship

19. You attract a like-minded partner

18. You've defined relationship

17. You are not insecure

16. You are open minded and are accepting of criticism and growth


15. There is no part of who you are that you're willing to hide or be ashamed of to please someone else


14. You're willing to take a risk

13. You can think of the past and feel gratitude for what you've learned and identify how you'll proceed differently

12. You take your time getting to know someone

11. You smile a lot

10. You realise that a relationship is a want, not a need

9. You are strong and know what is right for you, declining the unwanted opinions of others

 

8. You don't have a list of must-haves

7. You feel complete and realize that there's nothing wrong with you

6. You're fulfilled in your friendships and know they're a good circle of affirmation for you


5. Your mood is stable - you don't let the tiniest things flip your life around


4. You're not jealous or resentful of people around you who are


 getting married or engaged

3. You act your age

2. You don't occasionally read messages from an old relationship


1. You can be with yourself



So amacam???rasa nak kawin dah ker?kalo yang dah sampai seru tu Prof ucapkan tahniah la yer..

P/S : Prof punyer seru Insya Allah coming soon.....

Monday 19 August 2013

biar gambar berbicara

cemburu itu asam garam dalam perhubungan tapi perlu ada batasnya
setiap jodoh telah ditetapkan cuma perlu bijak mencari
kadang2 kita takut untuk kehilangan orang yang kita sayang tapi sejauh mana org yang sayang tu takut untuk kehilangan kita
rahsia sebuah cinta hanya dapat diketahui setelah hati ikhlas menerima cinta

Sunday 18 August 2013

MASIH LAGI DI AIDILFITRI

Assalamualaikum WTB

Apa khabar rakan taulan Prof semua? Lama sungguh kita x bersua kan? Apa-apa pun Prof nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ni.

Bercakap pasal raya rata-rata ada cerita sendiri, tidak terkecuali Prof yang cantek manis ni. HIHIHI( gelak jahat ni). Walau sambutan raya dah berkurangan tapi mood raya masih lagi terasa, apatah lagi kita masih di dalam bulan Syawal yang mulia ini.

Hari nie Prof dah start bekerja selepas cuti panjang. emm banyak betul gosip-gosip terbaru kat opis Prof ni(kalah retis). Ye la bila dah lama tak berjumpa macam-macam cerita la nak dikongsi bersama.

Sepanjang cuti hari tu Prof manfaatkan setiap detik bersama dengan keluarga tercinta. Pada hari pertama Prof dengan family pergi melawat pusara Arwah Ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 09/11/2011. Ini bermakna raya ini adalah raya kedua Prof sambut tanpa ayahanda tercinta.

Dan disebabkan Prof ni tak ramai saudara yang dekat, maka tak banyak rumah lah yang Prof ziarah. Lepas Prof balik jer dari tanah perkuburan Prof pergi menziarah rumah atuk kesayangan Prof yang paling sempoi la.
boipren baru ai...jgn jeles...hihihih..my darling grandfather

So lepas tu, turn rumah encik tunang pulak. nak ke rumah encik tunang kena sediakan duit raya siap-siap sebab anak buah encik tunang merangkap bakal anak buah Prof semua sekali ada 11 orang. sangat meriahkan??

Teringat dulu-dulu bila tiba hari raya, berebut nak cuba baju baru, pastu pagi-pagi lagi bangun nak beraya. Orang lain sibuk ke masjid nak solat sunat aidilfitri, kami pulak sibuk nak beraya. Dulu masa Prof kecik orang bagi duit raya 50sen dah rasa banyak sangat dah. bila poket dah berat baru rasa nak balik rumah. Pastu duit raya masuk dalam tabung. Sangat berbeza dengan budak-budak zaman sekarang. Bagi RM1 pun dijeling lagi. hahahaha... biasa la masa berubah keadaan pun berubah. bukan salah budak-budak, dah memang lumrah alam macam tu.

nie ibunda kesayangan Prof
ini pulak Prof yang cantek manis......hihihih
walau zaman sudah berubah aidilfitri tetap meriah..Hopefully raya tahun depan Prof sambut berdua dengan hubby pulak yer. Doakan jodoh Prof dan encik Tunang kekal hingga ke akhir hayat.

p/s kepada yang buat open house jgn lupa jemput prof tau.....

Monday 5 August 2013

Pesanan Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Lagi beberapa hari jer kita akan menyambut kedatangan syawal yang mulia..semoga aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada semua..

Petang nanti Prof akan bertolak balik ke kampung Prof iaitu Kemubu, Kuala Krai Kelantan bersama En. Tunang tercinta...Doakan perjalanan Prof akan selamat tiba. eeee tak sabar rasanya nak bersua muka dengan bonda tersayang. Lagipun Prof rindu sesangat kat anak2 buah yang nakal sangat tu.

So, selama berhari raya ni, Kaunter Pertanyaan bersama Prof Cinta akan ditutup buat sementara waktu dan akan beroperasi seperti biasa pada 19/8/2013. Biasa la kalau dah balik kampung, kemudahan internet tidak seluas di bandar. lagipun Prof nak manfaatkan cuti Prof untuk keluarga tercinta.

Kepada yang bakal merindui Prof Cinta selama Prof bercuti tu jangan risau jangan runsing..Prof akan bersama anda pada 19/08/2013... jangan nakal2 tau sepanjang Prof bercuti..

Hooohooohooo balik kampung..hooohooohoooo balik kampung...hati girang...(sekarang yang ada cuma mood raya sahaja, mood kerja kita simpan dulu k)

Dikesempatan yang ada ini, Prof ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. maaf zahir dan batin andai ada silap dan khilaf. kepada adik2 semua jangan main mercun kerana boleh menaikkan kadar jerebu di negara kita..hihihihih




Nostalgia Yang Kelam

ini adalah hasil nukilan original dari Prof Cinta dan nukilan ini dihasilkan pada tahun 2011..
sekadar luahan hati dari pencinta yang pernah terluka..namun kembali bangkit mengubat segala kepahitan.tiada istilah putus asa dalam sebuah kehidupan yang bahagia......


Aku hilang arah untuk dituju
Terasa diri terasing di dunia yang kaku
Hanya menumpang simpati yang membisu
Tidak punya apa sebagai batu sandaran
Untuk bersandar bila diri penat mengemis di perdu harapan
Malu untuk menongkat dagu memandang sekeliling
Terasa diri jadi tontonan
Hingga jiwa mula goyah dengan tajamnya renungan kehidupan
Yang bagaikan mentafsir segala gelodak dihati
Perlahan kucuba bangkit
Penuh waspada dan curiga
Bimbang kaki tersalah langkah
Tidak mahu lagi tersungkur kali kedua
Tidak mahu lagi merasai pedih yang sama
Lalu aku cuba kembali menapak di jalanan cerita hidup
Sesekali ku pandang sekeliling
Mencari dahan untukku berpaut
Khuatir kaki tersadung akar derita yang menjalar
Sesekali aku memandang ke depan
Memerhati dengan penuh was-was
Khuatir betis tercalar tajamnya duri kekecewaan
Kucuba tersenyum terasa hambar
Nyata aku belum bersedia
Hadapi derita sejarah yang terulang
Lalu ku memohon pada dia Sang Pencipta
Agar luka tidak lagi berdarah
Sejarah biarlah hanya tinggal sejarah
Menjadi memori hitam
Dalam lipatan nostalgia
Yang kelam


Tinta Emas
musTIka 2011