apa itu cinta???

<3 suatu rasa yang dianugerahkan oleh Allah untuk mewarnai kehidupan agar lebih ceria.Cinta tidak hanya untuk kekasih tetapi untuk semua....

hihihi

jom click2

Tuesday 27 August 2013

Nasihat Utk Bakal Jenazah

Entry hari ini adalah berkisar pada CINTA kepada ALLAH..ini adalah nasihat dari :

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.

Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.

Sebenarnya kita tidak pernah memilik apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjam daripada Allah - termasuklah jasad badan.

Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebenarnya tidak, semuanya hanya pinjaman sementara.Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu - Manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.

Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita,  kita hanya merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.

Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri.Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.

Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dangan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.

(Quran 82: 17-19)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Beringatlah pada Allah selalu. SENYUM :)


Thursday 22 August 2013

21 reason that show u are ready to the next stage in relationship

Entry kali ni kita speaking london yer.. sebenarnya ni copypaste dari satu laman dalam tenet jugak.Prof sangat tertarik dengan artikel ni... so Prof tergerak hati nak sharing dengan kamu semua...hopefully kamu enjoy juge la yer..

21. You have empathy

20. You've retired from the drama that comes with bad relationships and ready to have a real adult relationship

19. You attract a like-minded partner

18. You've defined relationship

17. You are not insecure

16. You are open minded and are accepting of criticism and growth


15. There is no part of who you are that you're willing to hide or be ashamed of to please someone else


14. You're willing to take a risk

13. You can think of the past and feel gratitude for what you've learned and identify how you'll proceed differently

12. You take your time getting to know someone

11. You smile a lot

10. You realise that a relationship is a want, not a need

9. You are strong and know what is right for you, declining the unwanted opinions of others

 

8. You don't have a list of must-haves

7. You feel complete and realize that there's nothing wrong with you

6. You're fulfilled in your friendships and know they're a good circle of affirmation for you


5. Your mood is stable - you don't let the tiniest things flip your life around


4. You're not jealous or resentful of people around you who are


 getting married or engaged

3. You act your age

2. You don't occasionally read messages from an old relationship


1. You can be with yourself



So amacam???rasa nak kawin dah ker?kalo yang dah sampai seru tu Prof ucapkan tahniah la yer..

P/S : Prof punyer seru Insya Allah coming soon.....

Monday 19 August 2013

biar gambar berbicara

cemburu itu asam garam dalam perhubungan tapi perlu ada batasnya
setiap jodoh telah ditetapkan cuma perlu bijak mencari
kadang2 kita takut untuk kehilangan orang yang kita sayang tapi sejauh mana org yang sayang tu takut untuk kehilangan kita
rahsia sebuah cinta hanya dapat diketahui setelah hati ikhlas menerima cinta

Sunday 18 August 2013

MASIH LAGI DI AIDILFITRI

Assalamualaikum WTB

Apa khabar rakan taulan Prof semua? Lama sungguh kita x bersua kan? Apa-apa pun Prof nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ni.

Bercakap pasal raya rata-rata ada cerita sendiri, tidak terkecuali Prof yang cantek manis ni. HIHIHI( gelak jahat ni). Walau sambutan raya dah berkurangan tapi mood raya masih lagi terasa, apatah lagi kita masih di dalam bulan Syawal yang mulia ini.

Hari nie Prof dah start bekerja selepas cuti panjang. emm banyak betul gosip-gosip terbaru kat opis Prof ni(kalah retis). Ye la bila dah lama tak berjumpa macam-macam cerita la nak dikongsi bersama.

Sepanjang cuti hari tu Prof manfaatkan setiap detik bersama dengan keluarga tercinta. Pada hari pertama Prof dengan family pergi melawat pusara Arwah Ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 09/11/2011. Ini bermakna raya ini adalah raya kedua Prof sambut tanpa ayahanda tercinta.

Dan disebabkan Prof ni tak ramai saudara yang dekat, maka tak banyak rumah lah yang Prof ziarah. Lepas Prof balik jer dari tanah perkuburan Prof pergi menziarah rumah atuk kesayangan Prof yang paling sempoi la.
boipren baru ai...jgn jeles...hihihih..my darling grandfather

So lepas tu, turn rumah encik tunang pulak. nak ke rumah encik tunang kena sediakan duit raya siap-siap sebab anak buah encik tunang merangkap bakal anak buah Prof semua sekali ada 11 orang. sangat meriahkan??

Teringat dulu-dulu bila tiba hari raya, berebut nak cuba baju baru, pastu pagi-pagi lagi bangun nak beraya. Orang lain sibuk ke masjid nak solat sunat aidilfitri, kami pulak sibuk nak beraya. Dulu masa Prof kecik orang bagi duit raya 50sen dah rasa banyak sangat dah. bila poket dah berat baru rasa nak balik rumah. Pastu duit raya masuk dalam tabung. Sangat berbeza dengan budak-budak zaman sekarang. Bagi RM1 pun dijeling lagi. hahahaha... biasa la masa berubah keadaan pun berubah. bukan salah budak-budak, dah memang lumrah alam macam tu.

nie ibunda kesayangan Prof
ini pulak Prof yang cantek manis......hihihih
walau zaman sudah berubah aidilfitri tetap meriah..Hopefully raya tahun depan Prof sambut berdua dengan hubby pulak yer. Doakan jodoh Prof dan encik Tunang kekal hingga ke akhir hayat.

p/s kepada yang buat open house jgn lupa jemput prof tau.....

Monday 5 August 2013

Pesanan Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Lagi beberapa hari jer kita akan menyambut kedatangan syawal yang mulia..semoga aidilfitri tahun ini membawa keberkatan kepada semua..

Petang nanti Prof akan bertolak balik ke kampung Prof iaitu Kemubu, Kuala Krai Kelantan bersama En. Tunang tercinta...Doakan perjalanan Prof akan selamat tiba. eeee tak sabar rasanya nak bersua muka dengan bonda tersayang. Lagipun Prof rindu sesangat kat anak2 buah yang nakal sangat tu.

So, selama berhari raya ni, Kaunter Pertanyaan bersama Prof Cinta akan ditutup buat sementara waktu dan akan beroperasi seperti biasa pada 19/8/2013. Biasa la kalau dah balik kampung, kemudahan internet tidak seluas di bandar. lagipun Prof nak manfaatkan cuti Prof untuk keluarga tercinta.

Kepada yang bakal merindui Prof Cinta selama Prof bercuti tu jangan risau jangan runsing..Prof akan bersama anda pada 19/08/2013... jangan nakal2 tau sepanjang Prof bercuti..

Hooohooohooo balik kampung..hooohooohoooo balik kampung...hati girang...(sekarang yang ada cuma mood raya sahaja, mood kerja kita simpan dulu k)

Dikesempatan yang ada ini, Prof ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. maaf zahir dan batin andai ada silap dan khilaf. kepada adik2 semua jangan main mercun kerana boleh menaikkan kadar jerebu di negara kita..hihihihih




Nostalgia Yang Kelam

ini adalah hasil nukilan original dari Prof Cinta dan nukilan ini dihasilkan pada tahun 2011..
sekadar luahan hati dari pencinta yang pernah terluka..namun kembali bangkit mengubat segala kepahitan.tiada istilah putus asa dalam sebuah kehidupan yang bahagia......


Aku hilang arah untuk dituju
Terasa diri terasing di dunia yang kaku
Hanya menumpang simpati yang membisu
Tidak punya apa sebagai batu sandaran
Untuk bersandar bila diri penat mengemis di perdu harapan
Malu untuk menongkat dagu memandang sekeliling
Terasa diri jadi tontonan
Hingga jiwa mula goyah dengan tajamnya renungan kehidupan
Yang bagaikan mentafsir segala gelodak dihati
Perlahan kucuba bangkit
Penuh waspada dan curiga
Bimbang kaki tersalah langkah
Tidak mahu lagi tersungkur kali kedua
Tidak mahu lagi merasai pedih yang sama
Lalu aku cuba kembali menapak di jalanan cerita hidup
Sesekali ku pandang sekeliling
Mencari dahan untukku berpaut
Khuatir kaki tersadung akar derita yang menjalar
Sesekali aku memandang ke depan
Memerhati dengan penuh was-was
Khuatir betis tercalar tajamnya duri kekecewaan
Kucuba tersenyum terasa hambar
Nyata aku belum bersedia
Hadapi derita sejarah yang terulang
Lalu ku memohon pada dia Sang Pencipta
Agar luka tidak lagi berdarah
Sejarah biarlah hanya tinggal sejarah
Menjadi memori hitam
Dalam lipatan nostalgia
Yang kelam


Tinta Emas
musTIka 2011

ERTI SEBUAH CINTA

Assalamualaikum wtb..kepada semua muslimin dan muslimat.salam sejahtera kepada yang bukan muslim.

Jom kita ke sesi suai kenal. Nama saya Ayu Mustika Binti Hasbullah atau Prof Cinta anda. Segala macam permasalahan dalam cinta boleh lah ajukan di kotak bawah yer. InsyaAllah saya akan cuba bantu. tidak kira la masalah dengan Bf/GF, Parents, Pets, Frens.. setiap masalah ada jalan keluarnya.

Kalau saya coret panjang-panjang pasal saya pun boring jugak kan?? lagi pun ni adalah permulaan kepada perkenalan kita. masih banyak masa lagi untuk anda mengenali Prof Cinta anda ini.

So, enjoy lah kisah ERTI SEBUAH CINTA ini dengan harapan anda akan bertemu dengan CINTA anda...

"tersebut lah kisah disebuah pulau yg kecil namun aman sentosa. di pulau itu tinggal 5orang sahabat baik iaitu CINTA,KEGEMBIRAAN,KESEDIHAN,KEKAYAAN dan KECANTIKAN.mereka hidup aman dan damai. 

pada suatu hari,ribut besar telah melanda pulau itu.semua penghuni pulau sibuk menyelamatkan diri namun CINTA tidak dapat kerana tidak mempunyai perahu.CINTA mula panik dan ingin meminta tolong kawan2nya. 

tidak lama kemudian lalu lah KEKAYAAN.CINTA menjerit meminta tolong."maaf CINTA perahu aku sarat dengan hartaku,jika aku membawamu bersama pasti perahu ini akan karam,"balas KEKAYAAN lalu berlalu pergi.CINTA menangis.tidak lama kemudian dia terpandangkan KECANTIKAN lalu memanggil dengan harapan kawannya itu sudi membantu."KECANTIKAN bawa aku bersamamu,"."maaf CINTA,kau kotor dan berlumpur.pasti kau akan mengotori perahuku,"kawannya itu segera berlalu pergi. 

CINTA semakin panik.air sudah mula mencecah pinggangnya.lalu pula KESEDIHAN.CINTA sekali lagi memohon pertolongan namun KESEDIHAN membalas"maaf aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian saja,".sekali lagi CINTA kecewa. 

CINTA ternampak KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya lalu CINTA menjerit meminta bantuan namun KEGEMBIRAAN pekak tidak mendengar panggilan itu. 

CINTA menangis semahunya.dia tidak sangka kawan2 sanggup meninggalkan dia diwaktu susah.lalu dia menjerit "apa akan jadi pada dunia ini tanpa aku,tanpa CINTA?' 

tiba2 muncul seorang tua berjanggut putih memanggil CINTA "CINTA cepat naik keperahuku,"CINTA tanpa berlengah lagi terus naik keperahu orang tua itu.orang tua itu meninggalkan CINTA di sebuah pulau yang selamat.CINTA bertanya pada penduduk pulau itu siapa yang menyelamatkannya. 

penduduk itu menjawab"itulah WAKTU,".cinta bertanya lagi."kenapa WAKTU selamatkan aku sedangkan kawan2ku tinggalkan aku? 
"kerana hanya WAKTU yang tahu nilai sebuah CINTA,"balas penduduk itu."

Cinta itu milik ALLAH
 
setiap manusia telah tertulis siapa jodohnya cuma barangkali masih belum tiba waktunya untuk menyatu