apa itu cinta???

<3 suatu rasa yang dianugerahkan oleh Allah untuk mewarnai kehidupan agar lebih ceria.Cinta tidak hanya untuk kekasih tetapi untuk semua....

hihihi

jom click2

Tuesday 27 August 2013

Nasihat Utk Bakal Jenazah

Entry hari ini adalah berkisar pada CINTA kepada ALLAH..ini adalah nasihat dari :

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan tidak membawa sebarang harta, kita akan pergi juga dengan kosong dengan tidak membawa bekalan harta yang dikumpul. Semua kita ini adalah bakal jenazah.

Ramai yang cuba mendapatkan segalanya untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai sesuatu. Akan tetapi, pada hakikatnya, kita tidak mempunyai apa-apa.

Sebenarnya kita tidak pernah memilik apa-apa. Segalanya hanyalah dipinjam daripada Allah - termasuklah jasad badan.

Kita merasakan bahawa sesuatu itu dimiliki kita. Tapi sebenarnya tidak, semuanya hanya pinjaman sementara.Manusia menangis bukan kerana kita hilang sesuatu - Manusia menangis kerana sesuatu yang diharapkan tidak datang.

Kita tidak merindui orang yang telah meninggalkan kita,  kita hanya merindui kenangan bersama. Dan kita jugalah yang melabelkan kenangan itu manis ataupun pahit.

Ingatlah sentiasa kita datang ke dunia ini dengan tangan kosong. Tiada siapa yang boleh melukakan hati kita, melainkan diizinkan diri kita sendiri.Tiada siapa yang menyinggung kita, hanya kita yang izinkan diri kita disinggung.

Dua perkara ini akan dapat difahami sekiranya seseorang itu faham bahawa dia datang dangan tangan kosong, segalanya hanyalah pinjaman sementara sebelum dia kembali dengan tangan kosong.

(Quran 82: 17-19)
“Tahukah kamu akan hari Din (hari pembalasan) itu? Sekali lagi tahukah kamu akan hari Din itu? (Iaitu) hari seseorang tidak berdaya untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”.

Beringatlah pada Allah selalu. SENYUM :)


No comments:

Post a Comment